Syarat-syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori : SBP Aliran Sains Tulen(53 sekolah) dan SBP
Aliran Sains Agama (16 sekolah).
2. Setiap sekolah perlu menghantar seorang peserta (Tingkatan 1-5).
3. Kategori Sains Agama hanya menggunakan teknik
tulisan khat thuluth sahaja.
4. Kategori
Sains Tulen hanya menggunakan teknik tulisan khat nasakh sahaja.
5. Ayat yang
diuji akan diberi pada hari pertandingan.
6. Masa pertandingan : 2 jam 30 minit.
7. Tidak dibenarkan bayang pada tulisan.
8. Tanda baris dan hiasan tulisan (tasykil / tazyin) hendaklah sesuai
dengan kaedah khat.
9. Tumpuan pemarkahan adalah kepada bentuk dan teknik
tulisan.
10. Tulisan hendaklah menggunakan dakwat hitam.
11. Para peserta dikehendaki membawa peralatan khat
sendiri.
12. Pemarkahan:
Bentuk dan teknik tulisan 70 markah
Hiasan 20 markah
Kebersihan 10 markah
Jumlah
100 markah
No comments:
Post a Comment